First time, aku dapat dengar orang yang aku suka cakap dia pun sukakan aku. Sebab so far, aku cuma ada dua orang yang boleh buat my smiling syndrome goes worst. Dulu si hijau, sekarang adik merah.
Aku ingat lagi dulu. Aku terserempak dia merokok luar sekolah, aku tergamam sebab aku terbayangkan alveoli dia kembang kempis cuba tapis asap hitam. Aku tak sangka dan aku tak suka. Untuk kali pertama,. aku buang nama dia jauh, aku terkilan dia berubah.
Tapi tak lama. Memang lovebird pertama aku buat aku terlupakan si hijau, tapi tak lama. Untuk setiap satu apa yang jadi, aku akan pusing belakang, aku akan cari cari senyuman dia yang dulu lagi kesannya hebat daripada setakat Deep Breathing Exercise. Haha.
Aku tak pernah cakap dengan si hijau aku sukakan dia sebab aku takut kehilangan dia sebagai kawan. Aku takut kalau suatu hari nanti aku menangis sebab dia.
Dan sekarang yang ini ? Aku tak rasa aku pernah rasa perkataan berani tu pernah wujud dalam hidup aku.

