Jangan tanya lahh.
Memang mood aku penuh dengan lagu. Penuh dengan gambar.
Sampai lahh nanti aku rasa jelak. Tepu dengan apa yang aku sendiri cari pasal. Sumbat sampai rasa muak sendiri.
" i wish i can stop love you so much "
Tapi "you" tuh aku tak tahu lah siapa.
Aku pasang je ulang ulang. Dengan harapan rasa terperuk terpendam terdiam boleh hilang. Tapi. Mimpi.
Petang nih. Tiba tiba teringat sesuatu yang tak rasa patut datang. Tapi ada terimbas terkilas.
" siapa lagi menyesal sekarang. aku masuk teknik sebab boyfriend aku dulu. konon berangan nak kahwin. nak masak untuk dia. padahal dia tak tahu pun.lepas tu. putus jugak "
Haha :D
Sekurang kurangnya aku belajar ketuk daging sirloin. Sebelum bakar tuang black pepper sauce. Selepas semua ini.
Sekurang kurangnya. Ada yang aku belajar.
Menyesal tu kan berdosa. Kau yang cakap.