Macam cerita si kumbang merah. Pasang skandal. Jatuh cinta dengan skandal. Putuskan balak.
Kebetulan.
Skandal pun putus.
Dan kumbang merah.
Pacak harapan skandal sayang akan minta hubungan terus dipayung disanjung. Cukup sampai tak sedar awan gelap datang diam diam.
Skandal sambung dengan mantan dia
Si kumbang merah. Nganga.
Sambung dengan balak.
Tapi dalam hati ?
Aku je yang nampak kau murung malam malam.
Aku tahu apa kau rasa sayang. Tak payah kata siall lahh tekcha.
Tak payah tipu.
Apa kau rasa lagi teruk dari setakat feeling aku yang hafiz pandang sebelah mata.
Kadang kadang. Kita pandai nasihat je. Tapi nak aplikasi pada hati sendiri. Failed.
Masih lagi. Buka folder seberang. Taip r.
" oh aku hanya ingin kau tahu. besarnya cintaku. tingginya harapku bersamamu "
Memang aku tak berduka lara duapuluhempattujuh. Tapi kadang kadang bila datang kesempatan. Itu yang teruk.
Bila aku kata aku rasa sakit.
Aku rasa macam ada orang tumbuk tembus intercostal space aku. Genggam paruparu aku sampai lumat. Bila tarik nafas rasa sempit sebab tak ada expansion. Paruparu dah hancur lumat. Sob. Nafas tersekat. Muka cyanosis.
Rentap paru keluar. Tercabut main artery daripada aorta semua. Interval untuk otak mati. Tiga ke empat minit.
Jangan tanya lah.
Aku memang mengharap ambik sastera dulu.
Sama macam mana aku mengharap semua ini akan berakhir suka. Sempurna.
Kalau betul aku tak sempurna.
Pernah kau cuba menjenguk ke cermin retak seribu tergantung kat tepi pintu dapur rumah kau ?
Celah mana kau sempurna sangat dulu ?
Aku tak pasrah.
Aku tak redha.
Aku tak boleh buat macam kita tak pernah ada apa apa.
Aku kalau terserempak dengan kau sekarang.
Rasa macam nak lempar kerusi kat kepala.
*ok tipu*
Aku pusing belakang.
Patah balik. Lari kalau aku perlu.
Sebelum kau sempat tanyakan kenapa aku menangis macam tepi kedai motor dulu.
Bodoh.
Aku cuma pandai bagi nasihat. Aku sendiri dengar lagu mati ulang ulang. Sebab aku bagi nasihat. Daripada view orang luar. Nak yang terbaik untuk kawan kawan aku.
Kumbang merah. Chill :)