Tuesday, 25 December 2012

Seharian.

Lepas lelah. Sampai semua rasa seakan sebati percuma.

Sampai bila bila pun phase ayat cinta get over him itu takkan berjaya. Setiap hari hati aku seakan berzikir sebut nama dia. Penat. Tapi tetap. Aku tak pernah berhenti.

Pernah sekali. Tak sampai setahun pun aku pernah terlupa. Tapi lepas mimpi celaka. Semua cerita lama macam datang satu satu tak bagi aku terlepas.

Tarik kerusi. Lalu tepi meja kau. Muka masam. Cemberut.

" aina dengar nih. "
" weh haziq nyanyi lagu tadi. "
" will you be my girlfriend ? "

Pandang aku mata bercahaya. Kau memang celaka. Bila aku rasa aku hampir berjaya. Masa tu kau akan datang. Kau akan datang mengikat talian sempurna. Kejap. Kemas. Sampai aku rasa ini masanya.

Dan. Aku tunduk sekejap. Cuba tanya pada hati. Apa ini betul yang aku nak sebenarnya. Tahu tahu dongak kepala. Kau dah ada di hujung jalan itu. Gelakkan aku. Apa bodoh aku mahu bertemankan perempuan sebegitu.

Dan keesokkannya. Permainan kita bermula semula.