Thursday, 2 May 2013

Lagu mati baru

Youtube. The fray heartless lyrics. Windows media player. Repeat.

Maka dengar sampai muntah hijau.

Dengan acah acah tangkap leleh. Konon. Sumpah konon.

Kat wad aku ada vvip. Sumpah aku tak tahu cerita. Baru aku tahu dia memang vvip. Kesian. Hmm.

Bukan nak cakap apalah. Kat wad aku 60 peratus orang tua yang memang tidak upaya melakukan kerja kerja.

Tak kisahlah haruk kena sponging bila kerja malam. Tapi aku pelik. 80 peratus anak diorang yang datang, adalah anak perempuan sahaja. Mana pergi anak lelaki ? Mana ? Mana ? Mana ?

Lelaki kan. Heartless. Kurang sensitiviti.

Dulu kalau jumpa sedara mara dapat baby baru. Bila tanya jantina. Lelaki. Nanti mama slow slow cakap. Kesian dia. Nanti dah tua anak lelaki mana jaga dia. Yang datang jaga anak perempuan je.

Kagum. Sekarang baru aku faham kenapa.

Kau kalau menang kerusi jadi menteri bagai bagai. Tapi tak melawat mak masa sakit. Tak guna. Maka harta yang kau dapat nanti. Tak terasa berkatnya. Tak terasa manisnya.

# sementara mak kau masih ada.