Betapa ramai seharian kawan kawan kita jumpa kita ada, tak semua mampu tolong masa paling perlu.
Disamping itu,
-- berapa ramai pula yang sanggup tolong masa kita bermula dari bawah
dari bermula dari kosong
dari apa pun tak ada
dari sekosong kosong jati diri
dari keyakinan bermula dari sifar
dari harta sekelumit cuma
Sementelah itu,
-- kalau yang menolong setelah ditolong setolong tolongnya
menolong selepas potensi diri senang bersama cerah biji mata
--
dan biar yang dari dulu bersama dibiar terbiar dan pujuk diri diam diam terpuruk sendiri
"entahlah hati, Allah lebih tahu bolak balik cerita. masakan tak ada pengakhiran yang baik untuk semua"