
Dulu kau kata. Aku kasar. Aku kurang ajar. Aku tak hormat kau. Aku perangai macam laki. Aku tak sopan. Aku itu. Aku ini.
Tapi kenapa sekarang ada text text ganjil nie ?
" kau memang kasar aina. tapi kau baik. selembut lembut si dila tuh tak tentu sama dengan jiwa kau. "
Hela nafas.
Dalam.
Dbe.
Setiap kali aku cuba tarik nafas dalam. Lupa apa setiap satu yang kamu lelaki buat. Main mata dengan yang ini. Berjanji sayang dengan yang itu.
Setiap kali itu aku rasa hilang kaki. Patah. Cuba bangun daripada tanah dengan tangan berdebu.
Tak ada bahagia boleh aku janjikan daripada peluang palsu ini. Percayalah. Untuk seribu tahun sekali pun. Aku cuma mahu setiap satu dari kamu lelaki. Berambus.