Saturday, 12 April 2014

Tuhan.

Kadang kadang kau kena sedar kau bukan tuhan.

Ada perkara. Kau tak boleh paksa. Kena ingat. Banyak perkara. Berlaku bersebab. Semua perkara. Dah ditetapkan limit. Terima atau tak. Itu antara diri kau. Dan diri kau sahaja. Bukan salah yang lainnya.

Kadang kadang kau kena faham.

Mungkin. Apa pun yang telah kau buat. Semua yang pernah kau cuba. Mungkin bukan rezeki kau. Mungkin dah takdir kau takkan dapat apa mende tuh.

Khilaff.
Aku pun orang manusia tertunduk dengan apa yang Dia nak.
Kalau kau paksa paksa aku.
Kalau kau mintak mintak aku lupa.
Sejauh mana kau rasa kau dapat balik apa semua macam dulu.
Aku tak pernah janji.
Kau tahu kan.

Penat.
Aku pun perempuan gadis hati aku masih seperti mereka.
Aku tahu penat.
Aku tahu mengah.
Aku tahu sesak.
Dan aku tahu tinggalkan apa mende yang buat aku sesak nafas untuk dapat apa mende yang buat mata aku bercahaya berair suka.

Aku penat. Aku nak sekali aku bangun tidur pagi aku terus senyum satu hari terus. Tapi. Kalau sekarang tidur aku paksa paksa dengan alprazolam. Mungkin sementara. Mungkin nanti aku ketemu alprazolam versi manusia. Bukan dadah perosak buah pinggang salur darah hayat aku.