misalnya-
sekarang aku cuma mahu jadi aku yang dulu,
menghayati sekeliling tanpa sentuh soal hati, kenapa susah sangat?
hidup yang terlalu singkat,
rugi disandarkan bahagia mengharap belas orang lain merasa apa yang kita rasa
alangkan yang lima tahun itu tak peduli waima apa mahu sedangkan mutlak hati untuk satu satunya, lima tahun yang sia sia dihambakan. lima tahun itu, sepasang mata dua belah kaki dan tangan semuanya cuma mahu yang baik untuk dia sedangkan pulang nya kau memandu seorang dari belah utara elok senja lepas dia tak ada tanya tanya. apa yang buat kau fikir, ada yang masih betul betul ikhlas ambil peduli?
laki laki
dapat apa mahunya,
kau putus nafas disebelah, masih bahu ke bahu, dia tegar dail nombor teman paling akrab mahu berbual hal hal dunia
yang penting cuma dia sahaja,
kau ada, dientengan
kau tiada, meratap macam Izrail dah genggam leher, dicanang satu dunia dialah paling derita paling tak dihargai
wahh lagi bicara soal hati
*ludah muka sendiri
dalam kehidupan sehari hari, semua orang pun berkejaran untuk diri sendiri, siapalah sangat sudi berhenti tepi bertanyakan khabar tanpa mengharap balasan
apalah sangat baiknya manusia
habis habis nanti lupa