Wednesday, 8 April 2020

tamak

terlalu tamak kah permintaan aku itu?
sehingga selama ini dibelenggu rasa kesal

tidak wajar kah bagi seorang kekasih mahukan perhatian itu dilebihkan sedikit untuk hati ini?

sedikit dari yang lain
sedikit cuma, 
- aku mohon

mungkin ketika kita pilih untuk bercanda beramai, kau mungkin boleh toleh ke aku lebih kerap berbanding pandangan kau palingkan ke teman teman yang lainnya

atau cuba kau curi masa untuk diceritakan hari hari kita yang berlalu tanpa ada gangguan lainnya

cuma sekali sekala buat aku rasa istimewa

-seistimewa yang kau ceritakan pada dunia, tapi gagal aku rasa dalam hati ini ikhlasnya kesungguhannya, sayangku

terlebih lebih sangat kah mahu aku itu?

sehari hari berlalu sampai beku hati, semahu kau supaya aku tak terasakan hal hal remeh pada mata kasar
-mata kasar kau

serasa diri ini membebankan, 
menyusahkan
sehela hela nafas ditarik, dilepas kasar  sepurnama purnama berlalu

aku harap rasa ini berlalu
hari hari yang membebankan hati ini biarlah berakhir

letak aku cuma dijulang di mata yang memerhati jatuh bangun kita kan sayang?